KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI


1.4 KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

          Latihan Industri penting kepada pelajar kerana ia dapat membina dan memantapkan diri pelajar supaya lebih yakin untuk menghadapi sebarang tugas dan dugaan yang dihadapi di alam pekerjaan. Di samping itu, Latihan industri juga dapat mendidik pelajar agar tidak menghadapi sebarang kesukaran atau merasa kekok apabila mula bekerja kelak. 

          Selain itu, Latihan industri dapat mendedahkan pelajar ke alam pekerjaan yang sebenar.
Latihan industri juga dapat menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik antara pekerja  dan kakitangan sesebuah organisasi. Di samping itu juga, ia dapat mendidik pelajar untuk mengamalkan dan mematuhi peraturan keselamatan semasa latihan industri. 


          Oleh yang demikian, Latihan industri telah dapat memupuk sifat amanah dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugasan dan membantu pelajar untuk membina keyakinan diri.  

No comments:

Post a Comment

HALAMAN UTAMA

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI POLITEKNIK BALIK PULAU LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUST...