OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI


     1.3     Objektif Latihan Industri
Objektif sebenar Latihan Industri ialah untuk mendedahkan para pelajar kepada situasi dan alam pekerjaan yang sebenar kerana semasa menjalani latihan ini, para pelajar akan berinteraksi dengan para pekerja industri dan secara tidak langsung dapat menunjukkan keyakinan apabila berhadapan dengan masyarakat sekeliling. Berinteraksi dengan orang lain yang belum kita kenal akan membantu pelajar saling bertanya antara satu dengan yang lain seterusnya dapat menjalinkan hubungan yang baik serta dapat memupuk budaya kerja yang lebih efisien serta dapat meningkatkan progresif sasaran kerja.
Selain memberi pendedahan dunia pekerjaan kepada pelajar, hubungan silaturahim dapat dieratkan antara pelajar dan pekerja. Oleh itu, pelajar juga dapat merasa dan memahami masalah golongan pekerja lain. Dari aspek lain pula, latihan ini dapat memupuk semangat kerjasama di antara pekerja dengan pelajar itu sendiri.
i.    Mendedahkan para pelajar ke alam pekerjaan sebenar.
Para pelajar yang menjalani Latihan Industri, pastinya akan dilatih mengenai kerja atau tugas yang bakal atau akan dihadapi. Oleh itu, ia memberi pengetahuan baru kepada pelajar tentang bagaimana selok-belok sesuatu pekerjaan dan cara mengendalikan sesuatu tugas tersebut.
ii.   Meluaskan pemahaman, pengetahuan dan kemahiran pelajar.
Latihan Industri juga sebenarnya bertujuan untuk menambahkan atau memajukan lagi pengetahuan teknikal dan kemahiran pelajar kerana pendedahan yang dilalui sepanjang Latihan Industri. Secara umumnya, pelajar boleh memerhatikan
 sendiri serta mempelajari sendiri dengan kerja-kerja secara praktikal. Ia boleh meningkatkan jumlah generasi atau pekerja mahir selari dengan kehendak Negara.
iii.  Memberi pengetahuan tentang etika daya kerja.
Setiap organisasi atau firma menginginkan pekerjanya ada kecekapan, keselamatan dan keberkesanan dalam melakukan kerja. Maka dengan adanya Latihan Industri ini, para pelajar dapat membiasakan diri dengan etika kerja seperti peraturan, tanggungjawab, keselaatan, prosedur serta             tindakan-tindakan yang wajar dalam mengendalikan sesuatu tugas. Di samping itu, para pelajar juga dapat mempelajari dan mengetahui bagaimana berhadapan dengan pihak majikan terutamanya pengurus atasan serta ketua-ketua jabatan.
iv. Meluaskan cara pergaulan dan komunikasi dengan pekerja-pekerja lain di organisasi.
Komunikasi serta pergaulan antara pekerja-pekerja organisasi amatlah penting. Ia adalah satu platform pelajar dalam
 memahami lebih dalam konsep organisasi atau selok belok mengenai organisasi atau firma. Perhubungan, pergaulan dan komunikasi antara pekerja menggalakkan kita untuk berkongsi pengalaman serta permasalahan yang dihadapi.
v.  Menilai dan mengetahui kebolehan diri.

Sepanjang tempoh Latihan Industri, pelajar dapat menilai dan mengetahui setakat mana kebolehan dirinya di alam pekerjaan. Di situ para pelajar boleh mengambil kesempatan mencurahkan segala bakat dan buah fikiran yang berguna serta bagaimana ia dapat menyumbang kepakaran atau pengetahuan kepada pihak majikan.

No comments:

Post a Comment

HALAMAN UTAMA

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI POLITEKNIK BALIK PULAU LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUST...