PENGENALAN LATIHAN INDUSTRI

1.2         Pengenalan Latihan Industri





Latihan Industri (L.I) ini merupakan satu prosedur pembelajaran yang terdapat dalam system pendidikan bagi institut-institut pengajian tinggi. Latihan Industri adalah sinonim dengan “bekerja sambil belajar” di mana para pelajar dapat  didedahkan kepada alam pekerjaan yang sebenar sambil mempelajari kemahiran serta meningkatkan ilmu pengetahuan. Selain itu, kaedah ini juga membantu pelajar mengaplikasikan teori yang mereka pelajari sewaktu belajar di politeknik apabila berada di di tempat latihan serta menggalakkan pelajar untuk mempelajari sesuatu yang baru di dalam kehidupan mereka yang tidak pernah mereka lalui sebelum ini. Justeru itu, ia dapat mendedahkan pelajar ke persekitaran yang baru.

Latihan Industri juga merupakan salah satu syarat yang wajib bagi setiap pelajar Politeknik untuk mendapatkan penganugerahan SijIl atau Diploma. Selain itu juga, latihan ini akan memberi peluang kepada pelajajr untuk menggunakan kemahiran yang sedia ada, di samping dapat menimba ilmu pengetahuan dan kemahiran yang baru. Latihan ini juga secara langsung akan melatih para pelajar untuk berdikari, berdisplin, berpenampilan diri, berkebolehan, berkaliber serta kesanggupan dalam menghadapi alam pekerjaan sebenar.
                 
            Adalah diharapkan dengan adanya Latihan Industri ini, ianya dapat melahirkan dan  mengeluarkan lebih ramai lagi pelajar Politeknik yang berkaliber dalam melakukan tugasan harian mereka. Melalui pengalaman latihan ini juga, pelajar dapat mengaplikasikan budaya kerja apabila melangkah ke alam pekerja

No comments:

Post a Comment

HALAMAN UTAMA

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI POLITEKNIK BALIK PULAU LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUST...